Thursday, September 3, 2009

SEJARAH AWAL SEBAGAI PENGACARA


Assalamualaikum....

Memulakan tugas sebagai pengacara majlis kira-kira 15 tahun yang lalu merupakan satu percubaan berani yang saya kira hanyalah suka-suka. Maklumlah saya ni agak aktif dan rajin gak la bercakap. Bakat saya dikesan oleh seorang kawan yang juga pengacara majlis UTM ketika itu. Kami sama-sama menjadi fasilatator bagi Khemah Kesedaran Budaya UTM dan pastinya pengacara majlis amat diperlukan bagi perasmian dan sebagainya.

Dipendekkan cerita, beliau mengajak saya membuat audition bagi Majlis konvokesyen UTM ke 17 ( sekarang 2009 - dah konvo ke 43 ). Saya, tanpa sebarang panduan, hanya berbekal semangat berani..membuat lontaran suara yang pertama di mokrofon Dewan Sultan Iskandar di pagi yang hening itu...pergghhh!
Selesai jer raptai...Pendaftar UTM ketika itu, Tuan Hj. Ismail Ibrahim masuk ke bilik konti tempat kami bercakap tadi. Dengan sedikit keraguan di wajah, beliau bertanya " Sapa yang jadi juruacara raptai tadi? " :) Apahal lak ni...saya membatin di hati. Belum sempat saya mengaku, " Jais , Tuan Haji yang baca skrip tadi " pantas Brader Bob Kahar , The senior MC menyambut pertanyaan Haji Mail. Dengan sedikit kegusaran, saya menanti komen pertama dari Pentadbir no. 1 UTM ketika itu. " Jais, awak boleh jadi pengacara, tapi lidah Jawa awak tu tebal sangat, tipiskan sedikit ". What to say...dah memang Jawa kok!

Sejak dari hari itu, saya meneruskan kembara sebagai pengacara dalam hidup dengan mengendalikan kepelbagaian acara, samada yang rasmi, tak rasmi, formal atau tak formal, semua saya bela..dan sah..belasah! Alhamdulillah, mereka terutamanya hadirin dapat menerima kehadiran saya sebagai pengacara baru di UTM. Dari segi latihan, saya amat jarang melakukannya selain dari merakamkan suara sendiri dan kemudian mendengarkan semula bagi menipiskan lapisan ozon Jawa di lidah saya. Pernah suatu ketika apabila saya memberitahu kepada arwah abah yang saya dah jadi pengacara UTM...dan dan tu jugak, arwah abah saya suruh saya baca paper depan dia dengan kuat macam baca berita daa..then dia kata, hmmm boleh tahan.

Saya mendatangi bidang ini dengan minat dan berani, sebab saya tak pernah pikir pasal bakat. Bila dah lama buat, orang kata saya memang berbakat. Bagi saya apapun pokok pangkalnya, setiap tugas yang diberi perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa sebarang kegugupan dan kegagapan. Kalau takat nervous tu..jangan cakap la, dalam air cond pun, tapak tangan boleh berpeluh tapi semuanya dapat diatasi dengan bantuan dan izin Allah. Insyallah kita akan berkongsi pengalaman seterusnya dalam post-post yang akan datang.
Selamat berbuka puasa.
Salam..

7 comments:

  1. Salam En Jais...kalau nak tempah En Jais kira macam mana dan bagaimana cara saya nak berhubung.....
    - Ms.J

    ReplyDelete
  2. Berikan no phone anda..dan saya akan hubungi semula..

    ReplyDelete
  3. Anyway, this is my phone : 017-7663164

    ReplyDelete
  4. Salam , En. Azham Ahmad, saya berterimakasih kerana anda sudi singgah di blog saya ni. Salam Aidil Fitri..maaf zahir batin. Ko pose tak ari ni? heheh

    ReplyDelete
  5. BUKAN pak ham la der.....ini semua aku punyer angkara lah.................................he he he.....sori....selamat hari raya......(yankee mike juliet)

    ReplyDelete
  6. Salam En.Jais.. jika ada maklumat ttg bengkel pengacaraan majlis encik sertai sbg tenaga pengajar.. bleh bgtaw saya tak.
    aiza7luzisha@gmail.com

    mekasih en.jais

    ReplyDelete