Monday, October 26, 2009

Retro : PROGRAM BERSAMA PM 2006


2006 - Saya menjadi Pengacara Majlis bagi YABhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, sewaktu itu beliau masih lagi Perdana Menteri. Majlis pada hari itu merupakan perasmian Bangunan CEPP UTM Skudai.

Wednesday, October 21, 2009

Video : Sesi bersama Pengantin



Ini adalah sebuah klip video semasa saya menemuramah pasangan mempelai yang melangsungkan perkahwinan mereka di dewan alumni UTM baru-baru ini.

Wednesday, September 16, 2009

VDEO : Majlis Jamuan Sultanah Johor - Canselor UTM, Pengacara Majlis : Jais Jamil - 15 Ogos 2009 - Seri Pacific JB

Ini adalah video Jamuan Sultanah Johor, DYMM Sultanah Zanariah Bte Almarhum Tunku Ahmad - Canselor UTM serta YAM Raja Zarith Sofea Binti Sultan Idris Shah dan juga YAM Paduka Puteri Tunku Masera Binti Sultan Iskandar bersama pembesar-pembesar UTM sempena Konvokesyen ke 43 yang lalu. Semoga ada yang boleh dikongsi bersama...

Tuesday, September 8, 2009

KOMEN ANDA SAYA ALU-ALUKAN



Assalamualaikum...
Alhamdulillah, ruang komen telah berfungsi, mohon maaf kepada rakan-rakan yang sebelum ni tak bleh nak komen. Ada kesilapan teknikal sedikit. Jadi, marilah kita saling berkongsi maklumat dan apa saja cerita. Komen anda amat dihargai.

Salam.

BAGAIMANA MENJADI PENGACARA MAJLIS YANG BAIK














Menjadi pengacara majlis memerlukan beberapa kriteria dalam menampilkan diri serta imej di khalayak ramai. Bagi saya kriteria yang paling utama adalah YAKIN atau orang kampung saya sebut confidence. Tanpa keyakinan, sebagus mana pun suara, sehebat mana pun penampilan anda, segalanya akan hancur sekiranya anda hilang keseimbangan dalam mengendalikan majlis. Keyakinan datang bukan sekelip mata, perlu menempuh pelbagai situasi dan pengalaman dalam mengacarakan pelbagai majlis serta menjadikan setiap majlis itu sebagai kelas latihan, maka keyakinan akan datang perlahan-lahan sehingga suatu ketika nanti anda akan kata...letakkan siapa sahaja VVIPnya...then i'll finish it. Insyallah. Bukan berbangga tapi bila keyakinan itu cukup konsisten pada tahap 9.9/10 maka tiada apa yang mampu menggugahnya selain apabila anda merasa melepasi tahapnya, atau orang kampung saya kata, overconfidence. Pendek kata, ianya bukan keyakinan yang melampau kerana kita tahu, segala-galanya datang dariNYA.

Kriteria ke dua , bagi saya adalah suara dan tonasi yang baik. Sejujurnya saya katakan, sesiapa sahaja boleh menjadi pengacara selagi mereka bersuara dan ada keyakinan. Namun, untuk menjadi pengacara yang baik, suara juga memainkan peranan yang penting selain kemahiran mengunakan tonasi mengikut majlis yang dikendalikan.
Suara yang baik itu adalah anugerah pinjamanNYA untuk digunakan di jalan yang benar. Jalan yang boleh mendatangkan faedah kepada orang ramai serta faedah kepada pemilik suara itu sendiri. Justeru itu , suara yang baik inilah yang diperlu diberi latihan agar dapat menyebut tiap perkataan dengan jelas dan yang paling utama dengan latihan juga dapat meningkatkan kemahiran tonasi. Kenapa tonasi penting? Insyallah kita bincangkan di posting akan datang.

Salam.


Sunday, September 6, 2009

BIDANG DEEJAY



Selain daripada menjadi pengacara rasmi, saya juga menjadi DJ untuk pelbagai majlis terutamanya majlis perkahwinan. Menjadi DJ tak perlu teks atau skrip...hanya menggunakan kebijaksanaan bertutur dan idea spontan. Tak terkira berapa ramai tuanrumah dah mengundang saya untuk memeriahkan majlis mereka. Menjadi DJ ni tak mengira tempat, dari di bawah pokok sehinggalah di dewan-dewan besar hotel 5 bintang. Dari tetamunya orang kampung biasa hinggalah kepada Sultan, Sultanah, menteri dsb. Ini semua dilakukan atas menunaikan permintaan mereka...dan setelah permintaan mereka saya tunaikan, maka permintaan saya pula perlulah mereka TUNAI kan juga. Barulah fair n lovely..ye dak?

Menjadi DJ untuk majlis perkahwinan bertaraf Bintang , tak sama dengan DJ kat depan umah. Sebagai contoh, saya mengendalikan Majlis Perkahwinan seorang teman di Dewan Bangunan Sultan Abd. Aziz Shah Alam Selangor di mana tetamu kehormatnya adalah Sultan Selangor, Sultan Sarafuddin Abd. Aziz Shah. Skrip majlis je saya tulis dekat 20 mukasurat...complete dengan bahasa diRaja, gurindam, pantun dan seloka. Raptai jer 2-3 kali., kena berunding lagi dengan pihak protokol istana, dengan wedding planner, pendek kata bermula dari 10 pagi raptai..hingga la jam 5 ptg. Malam kul 7.30 dah nak running...abih camno? Pakcik layan jo...
Alhamdulillah, selamat semuanya. Ucapan tahniah dan terimakasih dari tuan rumah dan para tetamu merupakan sesuatu yang sangat berharga..., tapi ada yang lebih berharga apabila datang dari JB jauh-jauh ni...itu tambang sapa mau bayar? hehehe

Apapun syukur pada Allah atas segala anugerah pinjamanNYA ini...
Jumpa lagi di lain masa.
Salam.

Saturday, September 5, 2009

RAKAN-RAKAN PENGACARA YANG LAIN

Mereka yang terpapar ini adalah rakan sejawatan saya yang sama-sama bertugas bagi menjayakan setiap konvokesyen di UTM. Kalau tak silap, gambar ni terrakam pada konvo yang ke 41. Mereka memang berbakat dan boleh kata suara pun mantap laa. Yang pompuan tu, Pura, Wawa, Wanti, Dilla dan Azreena...kira-kira full package laaa.
Yang show the best ni...macam peserta biggest looser, namanya Razib, yang tie merah tu, Bad.
Rasanya ada 2-3 orang lagi yang tak masuk frame...Zulhelmy ngan Shah. Nanti la, kalau cari-cari gambarnya kalau ada. Anyway...well done guys!

Thursday, September 3, 2009

Video Majlis Pelancaran Buku oleh Menteri KPT- Pengacara Majlis: Jais Jamil


SEJARAH AWAL SEBAGAI PENGACARA


Assalamualaikum....

Memulakan tugas sebagai pengacara majlis kira-kira 15 tahun yang lalu merupakan satu percubaan berani yang saya kira hanyalah suka-suka. Maklumlah saya ni agak aktif dan rajin gak la bercakap. Bakat saya dikesan oleh seorang kawan yang juga pengacara majlis UTM ketika itu. Kami sama-sama menjadi fasilatator bagi Khemah Kesedaran Budaya UTM dan pastinya pengacara majlis amat diperlukan bagi perasmian dan sebagainya.

Dipendekkan cerita, beliau mengajak saya membuat audition bagi Majlis konvokesyen UTM ke 17 ( sekarang 2009 - dah konvo ke 43 ). Saya, tanpa sebarang panduan, hanya berbekal semangat berani..membuat lontaran suara yang pertama di mokrofon Dewan Sultan Iskandar di pagi yang hening itu...pergghhh!
Selesai jer raptai...Pendaftar UTM ketika itu, Tuan Hj. Ismail Ibrahim masuk ke bilik konti tempat kami bercakap tadi. Dengan sedikit keraguan di wajah, beliau bertanya " Sapa yang jadi juruacara raptai tadi? " :) Apahal lak ni...saya membatin di hati. Belum sempat saya mengaku, " Jais , Tuan Haji yang baca skrip tadi " pantas Brader Bob Kahar , The senior MC menyambut pertanyaan Haji Mail. Dengan sedikit kegusaran, saya menanti komen pertama dari Pentadbir no. 1 UTM ketika itu. " Jais, awak boleh jadi pengacara, tapi lidah Jawa awak tu tebal sangat, tipiskan sedikit ". What to say...dah memang Jawa kok!

Sejak dari hari itu, saya meneruskan kembara sebagai pengacara dalam hidup dengan mengendalikan kepelbagaian acara, samada yang rasmi, tak rasmi, formal atau tak formal, semua saya bela..dan sah..belasah! Alhamdulillah, mereka terutamanya hadirin dapat menerima kehadiran saya sebagai pengacara baru di UTM. Dari segi latihan, saya amat jarang melakukannya selain dari merakamkan suara sendiri dan kemudian mendengarkan semula bagi menipiskan lapisan ozon Jawa di lidah saya. Pernah suatu ketika apabila saya memberitahu kepada arwah abah yang saya dah jadi pengacara UTM...dan dan tu jugak, arwah abah saya suruh saya baca paper depan dia dengan kuat macam baca berita daa..then dia kata, hmmm boleh tahan.

Saya mendatangi bidang ini dengan minat dan berani, sebab saya tak pernah pikir pasal bakat. Bila dah lama buat, orang kata saya memang berbakat. Bagi saya apapun pokok pangkalnya, setiap tugas yang diberi perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa sebarang kegugupan dan kegagapan. Kalau takat nervous tu..jangan cakap la, dalam air cond pun, tapak tangan boleh berpeluh tapi semuanya dapat diatasi dengan bantuan dan izin Allah. Insyallah kita akan berkongsi pengalaman seterusnya dalam post-post yang akan datang.
Selamat berbuka puasa.
Salam..