Sunday, September 6, 2009

BIDANG DEEJAY



Selain daripada menjadi pengacara rasmi, saya juga menjadi DJ untuk pelbagai majlis terutamanya majlis perkahwinan. Menjadi DJ tak perlu teks atau skrip...hanya menggunakan kebijaksanaan bertutur dan idea spontan. Tak terkira berapa ramai tuanrumah dah mengundang saya untuk memeriahkan majlis mereka. Menjadi DJ ni tak mengira tempat, dari di bawah pokok sehinggalah di dewan-dewan besar hotel 5 bintang. Dari tetamunya orang kampung biasa hinggalah kepada Sultan, Sultanah, menteri dsb. Ini semua dilakukan atas menunaikan permintaan mereka...dan setelah permintaan mereka saya tunaikan, maka permintaan saya pula perlulah mereka TUNAI kan juga. Barulah fair n lovely..ye dak?

Menjadi DJ untuk majlis perkahwinan bertaraf Bintang , tak sama dengan DJ kat depan umah. Sebagai contoh, saya mengendalikan Majlis Perkahwinan seorang teman di Dewan Bangunan Sultan Abd. Aziz Shah Alam Selangor di mana tetamu kehormatnya adalah Sultan Selangor, Sultan Sarafuddin Abd. Aziz Shah. Skrip majlis je saya tulis dekat 20 mukasurat...complete dengan bahasa diRaja, gurindam, pantun dan seloka. Raptai jer 2-3 kali., kena berunding lagi dengan pihak protokol istana, dengan wedding planner, pendek kata bermula dari 10 pagi raptai..hingga la jam 5 ptg. Malam kul 7.30 dah nak running...abih camno? Pakcik layan jo...
Alhamdulillah, selamat semuanya. Ucapan tahniah dan terimakasih dari tuan rumah dan para tetamu merupakan sesuatu yang sangat berharga..., tapi ada yang lebih berharga apabila datang dari JB jauh-jauh ni...itu tambang sapa mau bayar? hehehe

Apapun syukur pada Allah atas segala anugerah pinjamanNYA ini...
Jumpa lagi di lain masa.
Salam.

5 comments:

  1. assalamualaikum tuan...saya seorang dj sambilan utk majlis kenduri kahwin dan majlis2 kecil...saya berminat utk mendalami ebih lanjut bidang pengacaraan dan dj..macammana cara utk saya hadiri kelas?ada ker kursus berkaitan?
    fairul...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan..Saya ini baru nak menceburi bidang ini..Jika ada kursus berkaitan dengan bidang pengacaraan majlis ini..Semoga mendapat pertimbangan tuan.. saramlee8287@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan..Saya ini baru nak menceburi bidang ini..Jika ada kursus berkaitan dengan bidang pengacaraan majlis ini..Semoga mendapat pertimbangan tuan.. saramlee8287@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Nak dj sempoi..cantek sya..sempoi punyeee 0194499459

    ReplyDelete
  5. Nak dj sempoi..cantek sya..sempoi punyeee 0194499459

    ReplyDelete