Monday, June 11, 2012

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS POSITIVE EVENT 2012

28-29 Mei 2012 : Kursus Pengacaraan Majlis bil. 4 anjuran Positive Event telah berjaya dikendalikan dengan penyertaan dari rakan-rakan pelbagai organisasi.  Mereka sangat berbakat dan berminat untuk meneruskan kesinambungan tugas pengacara.  Syabas untuk rakan-rakan semua.  Teruskan berkarya dan jumpa di puncak kejayaan.

Kursus Pengacaraan Majlis UTM 2012

23-24 Mei 2012:  Bertempat di Pusat Latihan UTM, Johor Bahru, saya telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan kursus ini untuk rakan-rakan staf UTM.  Seramai 45 orang telah hadir bagi sama-sama berkongsi ilmu pengacaraan.  Ramai yang sangat berbakat untuk menjadi barisan pengacara baru UTM.  Beri mereka ruang dan peluang untuk berkarya.  Saya amat yakin, sebahagian dari mereka akan menjadi hebat suatu hari nanti.