Monday, August 30, 2010

VIDEO : Majlis bersama SPB Yang Dipertuan Agung - 20 Ogos 2010, Pengacara Majlis : JAIS JAMIL


Majlis Perasmian Masjid UTM International Campus KL, yang telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung pada 10 Ramadhan 1431H yang lalu. Sebagai Pengacara Majlis, ini adalah majlis ke 2 saya bersama Baginda dan saya mengucapakan terimakasih kepada rakan-rakan yang banyak mendoakan dan menyokong sehingga majlis ini berjalan dengan amat lancar. Alhamdulillah.

Monday, August 2, 2010

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS DI GRAND SEASON KL , 29-30 JUN 2010



Alhamdulillah, bersama Positive Event, saya telah mengendalikan kursus ini dengan kerjasama yang amat baik dari rakan-rakan peserta yang sememangnya berbakat. Mereka datang dari pelbagai negeri, pendek kata dari Sabah hingga ke Perlis untuk bersama-sama berkongsi ilmu pengacaraan majlis ini.
Apa yang diharapkan, rakan-rakan dapat menmanfaatkan segala yang telah saya sampaikan dari semua sudut pengalaman yang saya ada sebagai panduan untuk mereka yang meminati bidang ini. Selamat Maju Jaya untuk semua.