Sunday, March 28, 2010




Beberapa gambar terbaru dalam majlis yang saya kendalikan sebagai Pengacara.

Wednesday, March 3, 2010

Bersama Juara Akademi nasyid - Azhan Atan



Majlis Penyampaian Sijil Kemenangan di Penang Horse Show kepada Riders dari Pony Club Johor Bahru telah diadakan di Pusat Ekuin UTM, Skudai. Selaku pengacara malam itu, saya berkesempatan menembual artis undangan iaitu Sdr. Azhan Atan, Juara Akademik Nasyid yang diundang bagi memeriahkan majlis. Azhan bersama kumpulannya Ar-Rasy telah menyampaikan 6 buah lagu dari album terbaru mereka Dikir Zikir yang berkonsepkan muzik kontemporari dan asli. Terimakasih kepada Ar-Rasy kerana menghadiahkan kepada saya Album CD dan Kalendar mereka. Semoga Ar-rasy terus maju jaya.

Tuesday, March 2, 2010

VIDEO : Majlis Bersama Raja Nazrin Shah - Raja Muda Perak - 23 Feb. 2010, Pengacara Majlis : Jais Jamil

Assalamualaikum, wr, wbth dan Salam 1Malaysia
Lama tidak menenulis di Blog saya atas kesibukan tertentu , terutamanya dalam menjayakan pelbagai majlis rasmi dan sesi DJ. Namun di kesempatan yang diberikan ini, saya uploadkan video terbaru iaitu Majlis Pelancaran Buku - Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang telah di adakan di Kuala Lumpur pada 23 Feb. 2010 yang lalu. Majlis ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, Raja Muda Perak. Sebagai Pengacara Majlis, pastinya ini merupakan satu penghormatan kepada saya apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan lagi Majlis Di Raja. Apapun komen dari anda semua amat-amat saya harapkan dalam memperbaiki lagi kelemahan saya.

Salam ;

Jais Jamil
mjais@utm.my