5 Okt. 2012 : Membentang kertas kerja " Aspek Pengacaraan Majlis " dalam Seminar Pengurusan Acara yang telah berlangsung di KSL Hotel & Resort Johor Bahru.
Thursday, October 11, 2012
KURSUS PENGACARAAN MAJLIS UTMSPACE
18-19 Julai 2012 : Mengendalikan kursus " in house " bersama staf UTMSpace untuk membentuk satu kumpulan pengacara majlis yang mantap dan hebat. Ramai yang berbakat untuk mengendalikan acara yang banyak anjuran pihak UTMSpace. Selamat maju jaya untuk semua.
KURSUS PENGACARAAN AKADEMI AUDIT NEGARA
Kursus ini telah berlangsung pada 9-11 Julai di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Rakan peserta terdiri dari staf Audit gred 27-48 berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pengacaraan dan ramai yang berbakat. Tahniah dan terimakasih kepada AAN atas kepercayaan yang diberi
KURSUS PENGACARAAN MAJLIS BERSAMA HEKMAH UTM
Berlangsung pada 5-6 Julai di Goodhope Hotel Skudai. Saya mengendalikan kursus anjuran HEKMAH UTM dan 20 orang rakan peserta dari seluruh negara hadir untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pengacara. Tahniah untuk semua.
Monday, June 11, 2012
KURSUS PENGACARAAN MAJLIS POSITIVE EVENT 2012
28-29 Mei 2012 : Kursus Pengacaraan Majlis bil. 4 anjuran Positive Event telah berjaya dikendalikan dengan penyertaan dari rakan-rakan pelbagai organisasi. Mereka sangat berbakat dan berminat untuk meneruskan kesinambungan tugas pengacara. Syabas untuk rakan-rakan semua. Teruskan berkarya dan jumpa di puncak kejayaan.
Kursus Pengacaraan Majlis UTM 2012
23-24 Mei 2012: Bertempat di Pusat Latihan UTM, Johor Bahru, saya telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan kursus ini untuk rakan-rakan staf UTM. Seramai 45 orang telah hadir bagi sama-sama berkongsi ilmu pengacaraan. Ramai yang sangat berbakat untuk menjadi barisan pengacara baru UTM. Beri mereka ruang dan peluang untuk berkarya. Saya amat yakin, sebahagian dari mereka akan menjadi hebat suatu hari nanti.
Tuesday, May 8, 2012
Kursus Pengacaraan Majlis Universiti Malaysia Pahang
27-29 April 2102 bertempat di Hotel Heritage cameron Highland, saya telah dijemput oleh Universiti Malaysia Pahang bagi mengendalikan kursus pengacara majlis untuk staf dan sebahagian rakan dari organisasi lain. Kebanyakan rakan peserta memang berpengalaman dan kami saling berkongsi ilmu untuk kebaikan dan kemajuan bersama. Terimakasih UMP.
Subscribe to:
Posts (Atom)