
Menjadi pengacara majlis memerlukan beberapa kriteria dalam menampilkan diri serta imej di khalayak ramai. Bagi saya kriteria yang paling utama adalah
YAKIN atau orang kampung saya sebut
confidence. Tanpa keyakinan, sebagus mana pun suara, sehebat mana pun penampilan anda, segalanya akan hancur sekiranya anda hilang keseimbangan dalam mengendalikan majlis. Keyakinan datang bukan sekelip mata, perlu menempuh pelbagai situasi dan pengalaman dalam mengacarakan pelbagai majlis serta menjadikan setiap majlis itu sebagai kelas latihan, maka keyakinan akan datang perlahan-lahan sehingga suatu ketika nanti anda akan kata...letakkan siapa sahaja VVIPnya...then i'll finish it. Insyallah. Bukan berbangga tapi bila keyakinan itu cukup konsisten pada tahap 9.9/10 maka tiada apa yang mampu menggugahnya selain apabila anda merasa melepasi tahapnya, atau orang kampung saya kata,
overconfidence. Pendek kata, ianya bukan keyakinan yang melampau kerana kita tahu, segala-galanya datang dariNYA.
Kriteria ke dua , bagi saya adalah suara dan tonasi yang baik. Sejujurnya saya katakan, sesiapa sahaja boleh menjadi pengacara selagi mereka bersuara dan ada keyakinan. Namun, untuk menjadi pengacara yang baik, suara juga memainkan peranan yang penting selain kemahiran mengunakan tonasi mengikut majlis yang dikendalikan.
Suara yang baik itu adalah anugerah pinjamanNYA untuk digunakan di jalan yang benar. Jalan yang boleh mendatangkan faedah kepada orang ramai serta faedah kepada pemilik suara itu sendiri. Justeru itu , suara yang baik inilah yang diperlu diberi latihan agar dapat menyebut tiap perkataan dengan jelas dan yang paling utama dengan latihan juga dapat meningkatkan kemahiran tonasi. Kenapa tonasi penting? Insyallah kita bincangkan di posting akan datang.
Salam.