Tuesday, February 28, 2012

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS anjuran POSITIVE EVENT


Kursus ini telah dijalankan di Grand Season Hotel KL. Menampilkan rakan peserta dari seluruh negara dan mereka sangat berbakat untuk berkarya , malah sebahagiannya sudah berpengalaman. Tahniah untuk anda semua dan terimakasih kepada boss Positive Event, En. Saiful kerana memberi saya kepercayaan untuk mengendalikan kursus ini untuk kali ke 3.

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS KHAS KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2012

Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari ( 22-23 Feb. 2012 ) di Hotel D'Palma Ampang KL. Sebagai fasilitator saya mengucapkan terimakasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikannya bagi membentuk satu pasukan pengacara majlis yang mantap bagi KPT kerana mereka mempunya hampir 200 majlis setiap tahun. Rakan peserta dipilih melalui bakat dan keterampilan mereka dan ternyata mereka semua memang berbakat. Selamat maju jaya kepada mereka dan teruskan berkarya!!!

Tuesday, June 7, 2011

VIDEO : MAJLIS SPB YANG DIPERTUAN AGUNG 24 Mei 2011. Pengacara Majlis : Jais Jamil



24 mei 2011 : Majlis Perasmian Sekolah Informatik Termaju UTM AIS KL dan Pelancaran Buku Autobiografi Tan Sri Salleh Mohd Nor disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Pengacara Majlis : Jais Jamil.

Sunday, January 9, 2011

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS BERSAMA UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR ( UNiSEL )

Saya diamanahkan untuk mengendalikan kursus ini bagi mencari bakat-bakat baru Pengacara majlis bagi Upacara Konvokesyen UNiSEL. Ramai rakan-rakan yang berbakat yang boleh tampil hebat di masa akan datang.

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS BERSAMA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Kursus anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ini telah disertai oleh rakan-rakan dari pelbagai jabatan di bawahnya. Pengalaman selama 2 hari mengendalikannya sangat menarik bila berpeluang berkenalan dengan bakat-bakat baru yang hebat.


KURSUS PENGACARAAN MAJLIS BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Saya telah mengendalikan kursus ini selama 2 hari bagi mencari bakat-bakat baru Pengacara Majlis UMK...Selamat Maju Jaya kepada semua rakan-rakan di UMK.