Thursday, October 11, 2012

SEMINAR PENGURUSAN ACARA - SPAcara'12

5 Okt. 2012 : Membentang kertas kerja " Aspek Pengacaraan Majlis " dalam Seminar Pengurusan Acara yang telah berlangsung di KSL Hotel & Resort Johor Bahru.

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS UTMSPACE

18-19 Julai 2012 : Mengendalikan kursus " in house " bersama staf UTMSpace untuk membentuk satu kumpulan pengacara majlis yang mantap dan hebat.  Ramai yang berbakat untuk mengendalikan acara yang banyak anjuran pihak UTMSpace.  Selamat maju jaya untuk semua.

KURSUS PENGACARAAN AKADEMI AUDIT NEGARA

Kursus ini telah berlangsung pada 9-11 Julai di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.  Rakan peserta terdiri dari staf Audit gred 27-48  berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pengacaraan dan ramai yang berbakat. Tahniah dan terimakasih kepada AAN atas kepercayaan yang diberi

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS BERSAMA HEKMAH UTM



Berlangsung pada 5-6 Julai di Goodhope Hotel Skudai.  Saya mengendalikan kursus anjuran HEKMAH UTM dan 20 orang rakan peserta dari seluruh negara hadir untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pengacara. Tahniah untuk semua.  

Monday, June 11, 2012

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS POSITIVE EVENT 2012

28-29 Mei 2012 : Kursus Pengacaraan Majlis bil. 4 anjuran Positive Event telah berjaya dikendalikan dengan penyertaan dari rakan-rakan pelbagai organisasi.  Mereka sangat berbakat dan berminat untuk meneruskan kesinambungan tugas pengacara.  Syabas untuk rakan-rakan semua.  Teruskan berkarya dan jumpa di puncak kejayaan.

Kursus Pengacaraan Majlis UTM 2012

23-24 Mei 2012:  Bertempat di Pusat Latihan UTM, Johor Bahru, saya telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan kursus ini untuk rakan-rakan staf UTM.  Seramai 45 orang telah hadir bagi sama-sama berkongsi ilmu pengacaraan.  Ramai yang sangat berbakat untuk menjadi barisan pengacara baru UTM.  Beri mereka ruang dan peluang untuk berkarya.  Saya amat yakin, sebahagian dari mereka akan menjadi hebat suatu hari nanti.  

Tuesday, May 8, 2012

Kursus Pengacaraan Majlis Universiti Malaysia Pahang

27-29 April 2102 bertempat di Hotel Heritage cameron Highland, saya telah dijemput oleh Universiti Malaysia Pahang bagi mengendalikan kursus pengacara majlis untuk staf dan sebahagian rakan dari organisasi lain. Kebanyakan rakan peserta memang berpengalaman dan kami saling berkongsi ilmu untuk kebaikan dan kemajuan bersama. Terimakasih UMP.
27-29 April 2102 bertempat di Hotel Heritage cameron Highland, saya telah dijemput oleh Universiti Malaysia Pahang bagi mengendalikan kursus pengacara majlis untuk staf dan sebahagian rakan dari organisasi lain. Kebanyakan rakan peserta memang berpengalaman dan kami saling berkongsi ilmu untuk kebaikan dan kemajuan bersama. Terimakasih UMP.

Tuesday, February 28, 2012

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS anjuran POSITIVE EVENT


Kursus ini telah dijalankan di Grand Season Hotel KL. Menampilkan rakan peserta dari seluruh negara dan mereka sangat berbakat untuk berkarya , malah sebahagiannya sudah berpengalaman. Tahniah untuk anda semua dan terimakasih kepada boss Positive Event, En. Saiful kerana memberi saya kepercayaan untuk mengendalikan kursus ini untuk kali ke 3.

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS KHAS KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2012

Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari ( 22-23 Feb. 2012 ) di Hotel D'Palma Ampang KL. Sebagai fasilitator saya mengucapkan terimakasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikannya bagi membentuk satu pasukan pengacara majlis yang mantap bagi KPT kerana mereka mempunya hampir 200 majlis setiap tahun. Rakan peserta dipilih melalui bakat dan keterampilan mereka dan ternyata mereka semua memang berbakat. Selamat maju jaya kepada mereka dan teruskan berkarya!!!

Tuesday, June 7, 2011

VIDEO : MAJLIS SPB YANG DIPERTUAN AGUNG 24 Mei 2011. Pengacara Majlis : Jais Jamil



24 mei 2011 : Majlis Perasmian Sekolah Informatik Termaju UTM AIS KL dan Pelancaran Buku Autobiografi Tan Sri Salleh Mohd Nor disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Pengacara Majlis : Jais Jamil.

Sunday, January 9, 2011

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS BERSAMA UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR ( UNiSEL )

Saya diamanahkan untuk mengendalikan kursus ini bagi mencari bakat-bakat baru Pengacara majlis bagi Upacara Konvokesyen UNiSEL. Ramai rakan-rakan yang berbakat yang boleh tampil hebat di masa akan datang.

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS BERSAMA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Kursus anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ini telah disertai oleh rakan-rakan dari pelbagai jabatan di bawahnya. Pengalaman selama 2 hari mengendalikannya sangat menarik bila berpeluang berkenalan dengan bakat-bakat baru yang hebat.


KURSUS PENGACARAAN MAJLIS BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Saya telah mengendalikan kursus ini selama 2 hari bagi mencari bakat-bakat baru Pengacara Majlis UMK...Selamat Maju Jaya kepada semua rakan-rakan di UMK.

Monday, August 30, 2010

VIDEO : Majlis bersama SPB Yang Dipertuan Agung - 20 Ogos 2010, Pengacara Majlis : JAIS JAMIL


Majlis Perasmian Masjid UTM International Campus KL, yang telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung pada 10 Ramadhan 1431H yang lalu. Sebagai Pengacara Majlis, ini adalah majlis ke 2 saya bersama Baginda dan saya mengucapakan terimakasih kepada rakan-rakan yang banyak mendoakan dan menyokong sehingga majlis ini berjalan dengan amat lancar. Alhamdulillah.

Monday, August 2, 2010

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS DI GRAND SEASON KL , 29-30 JUN 2010



Alhamdulillah, bersama Positive Event, saya telah mengendalikan kursus ini dengan kerjasama yang amat baik dari rakan-rakan peserta yang sememangnya berbakat. Mereka datang dari pelbagai negeri, pendek kata dari Sabah hingga ke Perlis untuk bersama-sama berkongsi ilmu pengacaraan majlis ini.
Apa yang diharapkan, rakan-rakan dapat menmanfaatkan segala yang telah saya sampaikan dari semua sudut pengalaman yang saya ada sebagai panduan untuk mereka yang meminati bidang ini. Selamat Maju Jaya untuk semua.


Tuesday, April 13, 2010

VIDEO : Majlis Bersama TPM - 9 Mac. 2010, Pengacara Majlis : Jais Jamil

Program bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Hj. Muhyidin Yasin sempena majlis Pelancaran Buku Natrah di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2010.

Sunday, March 28, 2010




Beberapa gambar terbaru dalam majlis yang saya kendalikan sebagai Pengacara.

Wednesday, March 3, 2010

Bersama Juara Akademi nasyid - Azhan Atan



Majlis Penyampaian Sijil Kemenangan di Penang Horse Show kepada Riders dari Pony Club Johor Bahru telah diadakan di Pusat Ekuin UTM, Skudai. Selaku pengacara malam itu, saya berkesempatan menembual artis undangan iaitu Sdr. Azhan Atan, Juara Akademik Nasyid yang diundang bagi memeriahkan majlis. Azhan bersama kumpulannya Ar-Rasy telah menyampaikan 6 buah lagu dari album terbaru mereka Dikir Zikir yang berkonsepkan muzik kontemporari dan asli. Terimakasih kepada Ar-Rasy kerana menghadiahkan kepada saya Album CD dan Kalendar mereka. Semoga Ar-rasy terus maju jaya.

Tuesday, March 2, 2010

VIDEO : Majlis Bersama Raja Nazrin Shah - Raja Muda Perak - 23 Feb. 2010, Pengacara Majlis : Jais Jamil

Assalamualaikum, wr, wbth dan Salam 1Malaysia
Lama tidak menenulis di Blog saya atas kesibukan tertentu , terutamanya dalam menjayakan pelbagai majlis rasmi dan sesi DJ. Namun di kesempatan yang diberikan ini, saya uploadkan video terbaru iaitu Majlis Pelancaran Buku - Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang telah di adakan di Kuala Lumpur pada 23 Feb. 2010 yang lalu. Majlis ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, Raja Muda Perak. Sebagai Pengacara Majlis, pastinya ini merupakan satu penghormatan kepada saya apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan lagi Majlis Di Raja. Apapun komen dari anda semua amat-amat saya harapkan dalam memperbaiki lagi kelemahan saya.

Salam ;

Jais Jamil
mjais@utm.my